Dikuasakan oleh Blogger.

Soalan khidmat kami.


1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di FAME Awesome Prints?
Terdapat 2 cara iaitu :
a. Tempahan secara online
- Anda perlu mengisikan maklumat penuh di email dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.

b. Datang ke kedai kami
- Sekiranya anda berada berdekatan di kedai kami di Seremban, anda boleh terus datang (walk-in) untuk membuat tempahan.


2. Berapakah harga untuk setiap jenis t-shirt / baju di Fame Awesome Prints?
Harga adalah sangat bergantung kepada :

a. Kuantiti tempahan
- Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.

b. Jenis baju
- Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.

c. Jumlah warna cetakan / sulaman
- Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.


3. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju FAME Awesome Prints ?
Tiada Kuantiti minimum. sehelai pun kami terima dengan harga berpatutan.


4. Saya sudah lihat pada katalog, tetapi tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak FAME Awesome Prints membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?
Ya boleh, ini dipanggil custom made. Kami boleh menjahit semula t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 50 helai untuk jenis custom made.


5. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar ke Fame Awesome untuk dicetak atau disulam sahaja?
Ya boleh. tetapi order yang urgent, kami ada urgent charge.


6. Saya berada di lokasi yang jauh dari FAME Awesome Prints (di Sabah & Sarawak), bolehkah pihak FAME Awesome Prints menghantar tempahan saya melalui Pos?
Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia. Tetapi kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.


7. Saya mempunyai banyak lagi pertanyaan, bagaimana pihak FAME Awesome Prints boleh membantu saya?
Jika anda mempunyai soalan lagi, sila terus hubungi khidmat pelanggan kami di
013- 6548884 (Amm).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...